Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita  yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan  jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita  Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau  dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas  hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha  dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban  untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang  dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau  berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah :  Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya  sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini  berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia  ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya  itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga  merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah :  melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan  keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk  membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini  memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka  membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.  Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama  wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias  diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia.  Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang  kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi  isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang  lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita  Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga  menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang  sibuk dan komen saja.
---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.
Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin
Salam Ukhwah..~