
1) Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar  seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM480  lebih kurang 1 dinar=4.25g
Setiap hari susut nilai. Satu ketika  dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000  rupiah=RM35 dulu mahal lagi.
2) Bernilai kerana ia logam.
Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja. Jika anda ada kuasa, anda pun boleh cop.
3)  Laku satu dunia setiap masa. Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini  kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal  meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka  pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu  kacau bilau.
Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq,Selepas kejatuhan Saddam,dinar iraq terus tidak bernilai.
4)  Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun  2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar  sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih  ramai.
Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda penat2 menyimpanng tak berkesudahan....
5) Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.
6)  Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua  beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana  mempunyai emas.
Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak  dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli  alat pertahanan tapi sekarang,semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak  duit kertas tanpa emas..tak lama lagi akan down..
7) Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.
Khilaf  ulamak. Ada kata kena ada kata tak.(rujuk kitab risalah imam shafie).  petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit  ringgit(wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab  Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah tapi taqlid  mazhab selain shafie lah, kang tak pasai2 duit habis, amalan tak sah.
8) Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.
Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak,senjata,teknologi dan sebagainya.
9) Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai.Rujuk http://www.kitco.com/
Susut nilai setahun 37% . bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%.tapi kita tak nampak..kita nampak kertas aku makin banyak.
10) Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.
Alat  paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda  jika 100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit  anda jadi 100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya  diperhargakan.. dan boleh dimanipulasikan..
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan
kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan
tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa
menjejaskan nilainya. 
5. Ia sukar diperoleh
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia
juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan
di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009
Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: “Dan antara ahli kitab, ada orang  yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali  pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada  pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu 
dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”
(p/s ; dinar sebagai simpanan)
Sesungguhnya  orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak  sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: 
emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (
emas  yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak  terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong  pun. [Ali Imran: 91]
(p/s; emas sebagai harta / kekayaan)
Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang 
emas perhiasan  mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah  berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat  berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada  mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya  mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.” [al-A'raaf: 148]
(p/s: emas sebagai perhiasan)
Wahai  orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita  dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai  dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan  Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan 
emas  dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka  khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak  terperi sakitnya.
(Iaitu) pada hari dibakar 
emas  perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar  dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil  dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri  kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.  [At-Taubah: ayat 34 - 35]
(p/s: emas sebagai simpanan / wang)
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari 
emas;  atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan  percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami  sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad):”  Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi  Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]
(p/s: emas sebagai hiasan)
Mereka  itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya  beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang  tangan
 emas,  dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang  bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas  pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang  sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang  semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]
(p/s emas sebagai hiasan/ kemewahan)
Sesungguhnya  Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke  dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di  situ dengan gelang-gelang 
emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]
(p/s emas sebagai ganjaran besar)
(Balasan  mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka  dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari
 emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]
“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang 
emas (yang  menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama  dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” [Surah az-Zukhruf: ayat  53]
(p/s emas sebagai penanda/ status)
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari 
emas;  dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu  serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu  adalah tetap kekal di dalamnya”. [Surah: ayat 71]
dari emas terkumpul banyak manfaat;1. sebagai simpanan
2.sebagai mata wang universal
3.sejenis pelaburan yang berkembang (sebab itu kena zakat)
4.nilai kekayaan dan kemewahan
5.sebagai perhiasan yang disukai manusia
6.salah satu bentuk2 ni'mat yang akan diperolehi manusia di syurga
7.sebagai bentuk ganjaran dari Allah
8 salah satu cara azab di neraka (bagi yang tak bayar zakat)
9..............
10................
banyak lagi...
lawatan ziarah ke blog kilauanemas tadi. terjumpa artikel yang  menggerunkan ni..jadi saya minta izinlah nak masukkan artikelnya dalam  blog saya..tiada ubah2..khusus untuk tatapan pembaca blog ni...
jangan Simpan Duit Kertas Dan ElektronikSalam Sejahtera,
Apa  khabar? Maaf lama tak berkongsi di ruang ini. Kebetulan laptop meragam  dan terpaksa dihantar ke kedai untuk baikpulih. Tiga hari tanpa laptop  bagi kami yang bisnes online ni memang menyeksakan.
Bila dapat semula  laptop semalam, dalam usaha meng'upload' semula pelbagai program dan  maklumat, terjumpa pula email yang di terima pada bulan Jun 2008 yang  lalu.
Agak misteri juga kerana nama penghantarnya tidak dapat di  kesan lagi. Tak pasti akan kebenarannya, tetapi yang baik dibuat  tauladan, yang tidak tepat, sila hantar komen untuk kita sama-sama  mendapat maklumat yang betul.
Berikut adalah kandungan email tersebut:
"Aku  tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni...  aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni. Kalau  nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi  rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18  tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.
Oleh  itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih  besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest  rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada  keuntungan 0.75% shj.
OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg  bolh bagi return yg besar dan selamat.""pasal financial planning tu, kau  kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit  sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku  krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka  bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk  sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran  dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi).
Bila  ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku  dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia  kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak  mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik  yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2  Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan  segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse,  keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia  1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE  FASTFOWARD".
Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat  dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di  Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system  kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli  duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada  cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, ada org Malaysia yang byk simpan  duit emas dalam akaun syarikat dia. Maknanya mereka memang well prepared  untuk hadapi kehancuran system kapitalis.
Seorang professor  ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan  duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk  angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank.
Duit kertas yg kita  simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan  menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa  pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money  creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam  akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst.  Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang  sebenarnya tak betul tu).
Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak  tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya.  Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2  eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem  Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca  oleh sifu-sifu zionis.
Aku kemudian buat research sikit2 pasal money  meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan  dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan,  sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas  terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada  negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg  memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah  dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit  kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari.  (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg  bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan  tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan  bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang  surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam  50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis  akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era  "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut  kata penganalisis dunia).
Tahun lepas, aku attend seminar nuclear  di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya  bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains  Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga  nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call  pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana  mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi  kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg  juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni  mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas.  Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak  dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah  dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga  buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK).  Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit  elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system  ekonomi kapitalis nanti.
Bukti dah ada depan mata iaitu krisis  ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah  kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah  Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN,  bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat  tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN  SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak  dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar  sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk  collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD  IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing  indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for  the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".
Warren  buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS  both for the parties that deal in them and the economic system."
Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".
Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.
Wallahualam.
So,  kepada penghantar email, sila hubungi kami untuk diletakkan nama anda  sebagai penulisnya. Dan memandangkan email ini diterima hampir 2 tahun  yang lalu, mungkin ada beberapa fakta yang perlu ditambah, barangkali..
Itu saja perkongsian kali ini. Masih mengira untuk beli emas dan perak?
Jom beli Emas!!! Kerana...
Di Saudagar Emas, Kita Mengubah Cara Simpanan Untuk Masa Depan!
petikan dari blog kilauanemas
"menyimpan emas asas kekayaan anda"ikhlas dari hafizgold call.013-3196406, emel/fb : fiz_237@yahoo.com.my
CREDIT TO; http://hafizgold.blogspot.com/