Your Life Will End in


Get your own Digital Clock

MESEJ

Sunday, September 5, 2010

Anugerah Juara Lagu - Agenda Illuminati

Entry kali ini memaparkan kembali 'Anugerah Juara Lagu - Agenda Illuminati'...
huhu agak2 kenapa yer nak ungkit benda yang lepas, ni semua tv3 punya pasal lah, pergi siar iklan raya kontroversi...ngehehehee
ayuh kita lihat videonya ;p









"Tidak akan sesekali redha orang yahudi dan nasrani sehinggalah kamu mengikut jejak (gaya hidup) mereka.”

mendalam maksud ayat ini!!!
apa yang dipaparkan oleh video ini cuma sedikit berbanding perancangan besar mereka....

Iklan TV3 yang mengelirukan dan tidak bertanggungjawab

Hmm....ramai org berbeza pendapat pasal iklan ni...pendapat aku, agama islam ni sudah ada identitinya sendiri.
Islam bukan milik melayu,arab or what so ever....islam ini untuk semua makhluk....
cuma janganlah kita meniru-niru budaya penganut lain...takut-takut kita pulak yang terpengaruh!!!

Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka."

Rasulullah saw. bersabda:
...
"Bukan dari golongan kita umat Islam barangsiapa menyerupai kaum yang lain daripada kita."


Benarlah apa yang dinyatakan Rasululiah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:"Dan
sungguh kalian akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan selangkah demi selangkah. Hingga, meskipun mereka masuk ke lubang biawak, niscaya kalian akan mengikutinya juga. Para sahabat bertanya,"Ya Rasulullah.
Apakah mereka itu (orang~orang yang diikuti tersebut) adalah orang-orang Yahudi dan
Nasrani?" Jawab Rasulullah, "Siapa lagi kalau bukan mereka?" (HR. Muslim).
Begitulah apa
yang dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tentang keadaan para
umatnya dikemudian hari.
Dan kini. fenomena ke arah tersebut telah
menampakkan bukti yang semakin jelas.


hehehehe






saya bagi 1 link url;

http://www.scribd.com/doc/34607269/Tasyabbuh-Sikap-Meniru-Kaum-Kafir


download lah yer
;p


video dari you tube
http://www.youtube.com/watch?v=Xtxub60dLb8&feature=player_embedded


pastu ada blog lain yang komen;
http://neizalyez.blogspot.com/2010/09/iklan-hari-raya-tv3-ada-dakyah-sulit.html

Saturday, August 28, 2010

Jika Isteri Menangis

Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ? ” Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”… Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Thursday, August 26, 2010

Jangan engkau kahwini wanita yang enam

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

Salam Ukhwah..~

Tuesday, August 24, 2010

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

1. Yang Arif Dato' Mohd Noor Abdullah ( Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia ) menceritakan bahawa beliau telah membaca WASIAT RAJA-RAJA MELAYU dan PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu ketika negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu :

" KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunan kami 7 PERKARA yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

7 PERKARA ITU IALAH :

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah agama persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak ).

2. Demikianlah tujuh wasiat yang telah diceritakan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia ini di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu ( GGMM ) pada hari ini 22 hb November 2008 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

3. Huraian mengenai ketujuh-tujuh wasiat Raja-Raja Melayu ini tidak dapat nak saya tulis serta gambarkan di sini kerana ianya lebih banyak bersifat tafsiran yang tersirat berasaskan kepada Perlembagaan Malaysia. Saya terpaksa mendengar dengan teliti selama hampir 3 jam bagi memahaminya. Kalau saya tulis ringkasannya di sini, dibimbangi ada di kalangan pembaca sekelian yang tidak dapat memahaminya secara objektif dan komprehensif. Ianya perlu difahami satu persatu berasaskan beberapa artikel (Fasal ) yang berkaitan dengannya di dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Sebagai rujukan dan makluman terperinci, sila lihat Perlembagaan Persekutuan mengenai fasal-fasal berikut :

Perkara 3 (1), (2), (3) dan (5)
Perkara 11.
Perkara 12.
Perkara 38 (5).
Perkara 152.
Perkara 153.
Perkara 181 (1).

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara diatas, sila layari

http://shamsuddinmoner.blogspot.com/2008/11/wasiat-raja-raja-melayu-51-tahun-lalu.html

oleh:
Pusat Pemikiran Islam dan Peradaban Melayu (PISPEM)- "MENJANA FIKRAH HADHARI DAN MINDA QUR'ANIK"
credit to

http://selftechgroup.multiply.com/journal/item/37/7_WASIAT_RAJA-RAJA_MELAYU_51_TAHUN_LALU.

Friday, August 20, 2010

Lunaknya Suara

Rasa selesa....






subhanallah :)

Thursday, August 19, 2010

Anak Kucing

Lawak jugalah video nih :)